Jimmy Shanley enggan komen isu tak jumpa anak

Jimmy Shanley enggan komen isu tak jumpa anak

12 Ogos – Pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley mengambil pendekatan tidak memberi komen tentang isu tidak berjumpa anak perempuannya, Zahrah Rania Shanley selepas mendirikan rumah tangga kedua pada Jun lepas.

Malah anak-beranak ini dikatakan tidak menyambut Syawal bersama-sama.

Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, Jimmy berbuat demikian kerana tidak mahu kenyataannya disalaherti, sekaligus menimbulkan kontroversi baru.

"Oh kalau tentang itu saya tak mahu komen. Nanti kalau saya komen, akan ada pula cerita lain dari pihak sebelah sana (pihak bekas isteri). Saya tak mahu nanti timbul banyak-banyak isu. Jadi saya tak mahulah buat sebarang komen. Bagi sesiapa yang mengikuti Instagram saya, mereka tentu tahulah kan," ujarnya. Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norjahan Saleh sebelum ini pernah berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Zahrah Rania yang kini berusia tiga tahun.

Pasangan ini berpisah setahun kemudian tetapi konflik hak penjagaan anak mereka masih berterusan antara pengacara berusia 34 tahun ini dan Nursuhaila.

Sementara itu Jimmy yang baru sahaja berkahwin semula dengan Mariam Jamilah pada 8 Jun lalu akui gembira dengan kehidupan barunya dan mahu segera menimang cahaya mata.

"Memang nak besarkan keluarga. Mudah-mudahan kami diberikan rezeki. Saya sebenarnya idamkan anak kembar lelaki," katanya lagi.

Jimmy dan isteri bakal berbulan madu di Eropah pada November akan datang.

[Kredit foto: Oh Bulan!]