Shila Amzah kini dilamun cinta?

Shila Amzah kini dilamun cinta?

16 Mei – Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah kini hangat digosipkan bercinta bersama seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah yang merupakan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013.

Menurut laporan sebuah portal hiburan, Shila, 24, sering memuat naik gambarnya bersama seorang jejaka yang ditutup dengan ikon kucing dan memberi gambaran bahawa dirinya seolah-olah sedang hangat dilamun cinta.

Identiti lelaki tersebut bagaimanapun dapat dikenal pasti apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.

Sumber dipercayai menjelaskan bahawa kedua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu semasa perjumpaan ahli kelab peminat semasa Shila pulang ke tanah air.

Walau bagaimanapun, Shila belum sempat ditemui untuk menjelaskan perkara ini kerana sedang sibuk dengan aktiviti seninya yang semakin menyerlah di China dan dilihat telah pun memadam semua gambar berkenaan dalam laman sosialnya itu.

Adam merupakan lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaunt yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat sebelum tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian itu.

Terdahulu, Shila pernah menjalinkan hubungan bersama aktor Sharnaaz Ahmad dan berkawan rapat bersama Johan As'ari.